Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan, Walau ku terkadang alpa akan teman yang merapati , Namun kini segalanya sunyi..... Tika kita tidak lagi bersua..... Membisikkan kata-kata jua gurau senda Hanya imbauan menjadi nostalgia - adde'rangi
Selamat Hari Raya aidilfitri kepada semua kakitangan JKSNK seandainya saya telah mengguris hati dan perasaan kalian sepanjang perkenalan kita. Oleh itu saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan sempena lebaran yang mulia ini. dari saya..... - Acchangluni
Sempena Syawal yang akan menjelang tak lama lagi saya ingin mengambil kesempatan ingin memohon sepuluh jari memohon izin kemaafan andainya saya melakukan kesilapan terhadap anda semua semasa sedar atau tidak... moga diredhoi Allah S.W.T.
"Bila Hati diserah kepada Allah, tiada resah tiada gelisah, bila apa yang diburu hanyalah demi Mardhotillah, hilang rasa gundah hidup rasa indah, jadikan Allah sebagai pergantungan setiap saat, agar ia sentiasa melindungi kita"
eh.... macam bagus jer... aku nih.....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN. - Assitti
Ketaatan anak-anak merupakan nikmat yang amat mahal harganya Ia tidak boleh disamakan dengan nikmat wang ringgit Kewujudannya jarang disedari juga disyukuri .Oleh itu berusahalah agar nikmat ini sentiasa melimpahi
kehidupan kita sekeluarga.
alamak terlebih sudah - al-Amani